Want your
own Fotopage?







 
linda's FotoPage

By: linda sanusi

[Recommend this Fotopage] | [Share this Fotopage] | [Track this Fotopage]
[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]
Saturday, 9-Feb-2008 11:40 Email | Share | | Bookmark
Berkelah Di Herbal Chalet- Sg. Congkak

BEST!!!!
Ni la rupanya chalet kami sewa
Bz menukarkan baju anak2
View all 21 photos...


Cuti Raya Cina..... Pergh... cuti panjang!!! 5 hari!!!

Nak buat apa??? Hmmm... of coz kalau nak gi tempat2 peranginan pack!!! Apa lagi... PICNIC la!!!!!

Ni la hasil-hasilnya

manyak syiok ooo...
tp x dpt nk itot..
Tue 12-Feb-2008 06:52
Posted by:daniela
Add comment


Saturday, 26-Jan-2008 16:30 Email | Share | | Bookmark
Putrajaya

 
 
 
View all 11 photos...
Nasib agak baik. Minggu ni takde apa-apa panggilan bertugas. Tetiba dapat tahu adik dari asrama nak turun. Ambil kesempatan, bawa la adik dan anak-anak pegi jalan-jalan ke Putrajaya. Perancangan asal nak pegi main Bowling di ARL Bowl tapi di tutup pulak untuk acara rasmi mereka. Ada ATM Brunei mengadakan pertandingan persabahatan. Jadi terpaksala kami tangguh game kami ke belah malam. Jadi sebelum menghantar anak-anak balik rumah, bawa la dulu jalan-jalan. Cuaca hari tu memang cantek! So, syok la posing... hehehe


Quote:
Papa, Ziera dan Nana(anak buah) pose di taman depan Mahkamah. Rumput cantek beb!!! Syok duduk melepak!! Jadi macam pelancong la plak!






Quote:
Kami tinggalkan anak-anak di rumah kemudian kami keluar semula ke Alamanda untuk main Bowling. Pergh.... ramai la sesungguh manusia yang que tunggu giliran nak main. Kami sendiri pun dapat lane pukul 11 malam. Tapi takper la... janji dapat main. Kalau tak kempunan jer adik.



Quote:
Tengok la muka... sememeng jerk. Menunggu lagi tu... tunngu turn balingan plak


Quote:
Hmmm.... mengumpul-ngumpul skills Marilah kita tengok gaya-gaya professional ni

lallalalalaaaaa.... Wed 13-Feb-2008 10:19
Posted by:daniela
Add comment


Sunday, 20-Jan-2008 16:30 Email | Share | | Bookmark
Aquaria KLCC

 
 
 
View all 6 photos...
Quote:
Sejak sebulan dua ni... kerja yang terlampau banyak + dengan OPS yang kerap sejak kebelakangan ni membuatkan tak berkesempatan nak spent time ngan hubby dan anak-anak. Semalam plan ingat nak la kuar dengan mereka semua pegi jalan-jalan, tapi tetiba last minit di beritahu ada OPS besar-besaran bersama pihak Imigresen. Pergh.... sedih betul rasanya bila OPS tu meleret sehingga ke petang... petang bawa ke malam. Sudahnya hubby jer yang bawa anak-anak


Quote:
Anyhow, kegembiraan anak-anak bersama hubby di Aquaria melegakan sikit hati ni. Kalau tak serba salah jerk rasanya



Care to comment?


Saturday, 21-Jul-2007 08:30 Email | Share | | Bookmark
Sukan Rakan Muda Jiran Muda - Putra Perdana Zone F(Ruvena Villa)

Sebelum mulakan game... bincang la konon
Imas dan Ela memulakan skill defense
 
View all 26 photos...
Sejak kebelakangan ni terlalu sibuk sampai tak sempat-sempat nak update my fotopages. Sejak bulan July yang lepas, kami di Putra Perdana Puchong sibuk dengan Sukan Rakan Muda Jiran Muda. Pembukaan dimulakan dengan Anjuran Zone F-Ruvena Villa. Tempat tinggal kami menjadi tuan rumah bagi pembukaan majlis.

Kami, ibu-ibu ni kebanyakkannyer bukan la mahir bebenor ngan Netball ni. Tapi demi semangat kesukanan... BELAJOR gak.. Itu yang tengok banyak yang sihat2... hehehe.. almaklumla... asyik menguruskan anak-anak dan kerja, x sempat nak bersukan... hahaha.. ALASAN kot!!

Pada hari yang sama hubby amik kesempatan untuk berniaga. Ala... niaga air dan cucuk-cucuk goreng jer. Ok la... memberangsangkan juga la. At least takdela dia melangok jer tengok mak-mak ni bersukan. Yang bestnyer... acara ni berjalan betul-betul depan rumah kami. So, syok la... bleh lepak2. Anak-anak pun seronok. Bleh bermain sama kat luar.

Pada hari tu cuaca very nice. Tak terlalu panas. Walaupun ada selang-selang dengan hujan rintik-rintik tapi kami still teruskan permainan. Tujuan utama sukan ni dianjurkan adalah untuk jiran-jiran berkenal-kenalan dan beramah mesra. Kalau takder acara macam ni... memang takdela kenal siapa jirannyer. Secara x langsung aku dah mula menjadi orang "ter"sibuk kat rumah tu... Mana taknyer... sejak adanya acara ni... dah mula sibuk dengan latihan, pastu dah mula jinak-jinak dengan RELA plak. Hahaha... lepas ni sibukla plak lagi ngan operasi-operasi RELA. Tapi anyhow... it was fun. Terasa time tu real useful.

Game pertama kami adalah antara Ruvena Team A dan Admiral. Start-start lagi Admiral dah mula menunjukkan belang. Nasib baik la Imas (sebagai GK) dan Ela (sebagai GD) berjaya defense dengan baik. Kalau tak BOLOS gak la.


Ruvena pula mencuba nasib... dengan skill Kak Sofie
Terasa penat juga main ni. Almaklumla... si Admiral semuanya lincah-lincah. Tengok la muka kami-kami ni... baru half game tu

Game penutup, kami bertemu dengan Team Kekwa.... Team yang paling digeruni semua Hasilnyer... kami TEWAS dengan 22 berbalas 7

Hari pertama kita berpuasa
Amat teruja hati gembira
Lapar dahaga perkara biasa
Selamat menyambut Ramadhan yang mulia
Thu 13-Sep-2007 08:41
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Anak bulan telah kelihatan
Anak-anak gembira riang bersorakan
Tangan bersalaman mulut bermaafan
Syawal yang tiba kita raikan
Thu 11-Oct-2007 03:25
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
apdet apdet

Entryku hari ini

Raga rotan diisi duku
Diisi cermat satu persatu
Dapat daun si ulat buku
Dapat peluang nak sambar satu
Tue 5-Feb-2008 10:43
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 5 comments Add comment


Saturday, 7-Jul-2007 13:30 Email | Share | | Bookmark
Persandingan Bekas Rakan sepejabat hubby

 
 
 
View all 12 photos...



Quote:
Tanggal 7hb July 2007, Ramai yang ambil kesempatan merakamkan kenangan manis mereka. Ini antara rakan yang melangsungkan perkahwinan. Pengantin perempuan merupakan salah seorang bekas rakan sepejabat hubby.
Conceptnyer agak menarik. Suatu kelainan bagi kami. Ia dilangsungkan di Taman Rekreasi Shah Alam... bersuasana nyaman dan relaxing... berhadapan tasik! Selepas majlis, sempatla kami melepak-lepak kat taman... menghirup udara nyaman..

wow cantiknya pelamin diaa...
Sun 22-Jul-2007 07:13
Posted by:yana  - [Link]
congrats to kedua mempelai..... Sat 18-Aug-2007 02:00
Posted by:WanZee  - [Link]
Add comment


Sunday, 24-Jun-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
FINALE WIND ORCHESTRA 2007

 
 
 
View all 22 photos...
Pertandingan Finale Wind Orchestra 2007 - Bagi category berasrama penuh peringkat kebangsaan, berlangsung di Pusat Konvensyen Antrabangsa Putrajaya pada 24 Jun 2007.

Quote:


Majlis dimeriahkan dengan kehadiran Menteri Pelajaran Malaysia, YB Dato' Sri Hishammuddin Bin Tun Hussein dan isteri juga tertamu Kehormat, Timbalan Perdana Menteri - YAB Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Abdul Razak dan isteri. Pertandingan Finale ini diwakili dari lima buah sekolah berasrama penuh. Yang berjaya ke peringkat finale ini adalah :
1. SM Sains Raja Tun Azlah Shah, Jalan Taman Tasik, Taiping
2. Kolej Melayu Kuala Kangsar, Jalan Tun Abd Razak, Kuala Kangsar
3. Sekolah Sultan Alam Shah, Parcel G, Presint 1, Putrajaya
4. Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban
5. Sekolah Seri Puteri, Persiaran Tasik, Cyberjaya


Quote:
SM Sains Raja Tun Azlan Shah, Taiping



Quote:
Kolej Melayu Kuala Kangsar, Perak



Quote:
Sekolah Sultan Alam Shah, Putrajaya



Quote:
Sekolah Dato' Abdul Razak, Seremban



Quote:
Sekolah Seri Puteri, Cyberjaya


Quote:
Ini merupakan kali pertama kami melangkah masuk ke Dewan di dalam PICC ini. Terasa kagum sungguh dengan kebesaran dan kecantekannyer. Pergh... mata pun naik juling tengok kilau-kilau lampunyer Sempat la juga kami pose skit-skit. Tapi banyak yang kurang menarik. Maklum la blum berapa pandai main ngan camera ni.. jadi gambar banyak yang kureng kalau nak di download ke fp.




Tengokla betapa gigihnyer peserta-peserta memberikan persembahan yang terbaik. Kagum!!




Quote:
Secara keseluruhannya, semua memberi persembahan yang cukup hebat. Tahniah di ucapkan kepada Sekolah Sultan Alam Shah kerana berjaya menjadi johan, di ikuti oleh Sekolah Dato' Abd. Razak dan tempat ke-3 Kolej Melayu Kuala Kangsar.
Adik bongsu saya merupakan salah seorang pemain muzik bagi Kolej Melayu Kuala Kangsar. Kami sekeluarga merasa cukup bangga dengan usianya yang baru 13 tahun berjaya mewakili sekolahnya dengan bermain sexafon.





Entryku hari ini…

Memakai hanbok bukan pendita
Pakai di halaman kediaman Yoo
Kacak tampan dan ayu jelita
Ingatkan Korea rupanya Melayu
Fri 20-Jul-2007 00:47
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
hai.....
actly aku masuk gak finale ni....
aku main timpani utk alam shah.
best siot team aku menang....
dah la menang 3rd time in a row........
bangga gle........
Mon 25-Feb-2008 12:33
Posted by:zaki zakibrahim1991@yahoo.com
hai.....
actly aku masuk gak finale ni....
aku main timpani utk alam shah.
best siot team aku menang....
dah la menang 3rd time in a row........
bangga gle........
Mon 25-Feb-2008 12:35
Posted by:zaki zakibrahim1991@yahoo.com
View all 12 comments Add comment


Saturday, 23-Jun-2007 13:30 Email | Share | | Bookmark
PERKELAHAN KE SG. CONGKAK

 
 
eeeee... sejuknye!!!
View all 17 photos...


Quote:
Destinasi kami minggu ni.. ke Sungai Congkak. Dah few months juga x pegi berkelah. Bagi memeriahkan lagi suasana seperti di kampung, maka kami memilih Sg. Congkak. Di sana kami sewa pondok untuk memudahkan kami nak menukar pakaian atau anak-anak nak berbaring-baring. Sewa pun tak la mahal sangat. Satu pondok baru RM15.




Quote:

Tengok la pokcik ni... siap buat unggun api lagi... macam rumah sendiri Sebenarnya memang banyak nyamuk!!! Nyamuk hutan la katakan... pergh... besar macam gajah!!!


Quote:
Masa kami sampai sana, dalam pukul 1.30 petang. Mandi punyer mandi tak sedar tup tup tengok jam dah pukul 6 petang. Walaupun ada sekejap terkujat mandi sebab nampak ular bertenet atas pokok... tapi disebabkan airnyer yang sejuk and betul-betul refreshing... hilang perasaan takut tu,,, Airnyer macam air batu!!! Sama sojuk ngan air Teh-O ais yang kami bawa


bestnye dapat mandi dan berkelah reramai.....kira pakej 2in1 gitu.... Thu 5-Jul-2007 11:54
Posted by:WanZee  - [Link]
seronoknya berkelah dekat sungai congkak.... ...tak pernah lagi jejakkan kaki kesana....


----------------------------------------------
Tepung Kek Segera..mixer tidak diperlukan...mudah & lazat...!
http://mrsmarwan.fotopages.com

Sun 23-Sep-2007 13:10
Posted by:mrsmarwan  - [Link]
Add comment


Tuesday, 5-Jun-2007 20:00 Email | Share | | Bookmark
Duta Village Beach Resort, Kuantan

muka masing2 sembap... tido keletihan
nice view tapi terlalu sepi... change mind... pegi tempat lain!!
singgah sebentar ke Club Med Kuantan... tengok view
View all 17 photos...


Quote:
Kami tiba di Kuantan agak lewat. Dah pukul 7mlm baru kami check-in ke Duta Village. Oleh kerana hari dah nak gelap dan pool pun tutup pukul 7malam, tak banyak la benda yang boleh kami buat. Just to take shower in room pastu keluar cari makan. Hmmm... terasa rindu nak makan sedap... gerai la Jemu makan makanan hotel jer. Tapi di Kuantan choice memang banyak.... kat accross resort kami jerk berlambak gerai-gerai makan Pattani. Pergh.. puas sikit makan. Anak-anak pun makan banyak. Mungkin penat pun iyer... tu yang lapor





Quote:
Keesokan harinyer kami semua bangun awal pagi.... bukan apa... nak mandi kolam!! hehehe... pool dia memang menarik... cooling!!! Enjoyed!!!!

Care to comment?


Sunday, 3-Jun-2007 19:00 Email | Share | | Bookmark
School Holiday - Terengganu

Em-P memberikan senyuman manis dalam keletihan duduk dlm keta
 
Cantekkan?? View dari tingkap bilik
View all 65 photos...




hb. Jun 2007, bersamaan Ahad, kami sekeluarga memulakan perjalanan ke Terengganu Darul Iman. Sebenarnya hubby ada urusan kerja di sana. Kami yang lain ni grab the apportunity bercuti ler skali dah alang-alang cuti skolah. Kami bawa dua orang jer. Yang kecik tinggal kat rumah nenek sama dengan pembantu. Bukan apa... kesian plak kat baby nak duduk lama dalam keta... jauh perjalanan la katakan



Memang letih juga duduk dalam kereta.... mungkin sebab kami drive slow... sebab nothing to rush... we spent 10 hours on road... from KL to Terengganu. Tapi perjalanan kami rasakan cukup berbaloi... sebab manage to have good view and we really enjoy it. :wav

Setiba di Terengganu... first of all kitorang check-in dulu. Di sebabkan musim cuti sekolah, boleh dikatakan semua hotel dan resort di Terengganu ni... Fully Booked!! Nasib baik sempat book 1 room di Sutra Beach Resort. Walaupun jauh dari town, tapi resort dia cukup menarik dan view lautnyer... sungguh memukau




Nurul Sufiah Yasmin....... Anak yang cukup lasak!!! Macam mamanyer gak ler



Nama manja Em-P. Cukup lasak. Setiba di Sutra Beach, hari tengah panas sesungguh. Bila masing-masing tengok pool, tak sabar masing-masing nak terjun. Padahal masing-masing lapar sebenarnya. Jadi kami pun masuk bilik tukar baju turun bawah balik. At the same time order la makan kat cafe. Em-P dengan kakak takleh tunggu lama lagi... terus ke kolam... sanggup berlapar. Nak di jadikan cerita... si Em-P ... dia tengok kakak dia dok terjun dari luar ke dalam kolam.. dia pun nak cuba. Ha!! Masa tu ... cuak papanyer... Em-P lemas!!! Apa lagi terjun terus la papanya dengan pakaian lengkap. Nasib baik le semua selamat




Tengok la tu.... Budak-budak tu. Punyer la seronok dapat air. Melebar jer senyum masing-masing. Siap menari-nari lagi dalam air.
Yang Kakak plak... baru sekejap kat sana dah mula dapat kawan. Peramah la katakan. Bertambah seronok la dia. Sampai dah tak ingat nak makan. Terpaksa la mama ngan papa menjerit2 panggil makan.



Dah kecut-kecut jari masing-masing, keluar dari pool sambung plak ke pantai.... MAIN PASIR!!!! Sambil2 tu... mama dan papa dapatla menikmati keindahan matahari terbenam...





Quote:
Setelah penat berendam dan bersantai semalam.. anak2 tidur dengan nyenyaknyer sebelum memulakan perjalanan semula ke esokan hari






Quote:
Sharp jam 12 tengahari, kami check-out dari Sutra Beach Resort untuk memulakan Kuantan pula. Sebelum keluar, kami sempat lagi pose anak beranak di Lobby sebagai kenang-kenangan...
hehehe . Tak tahu lagi kan... bilanyer ke sini lagi. Jadi pose la cukup-cukup. Kalau boleh every angle nak ambil





Quote:
Sebelum teruskan perjalanan ke Kuantan, Pahang... kami singgah dulu di Kuala Terengganu. Lepak sat kat tepi pantai sana. Tak sangka rupanya pandai anak-anak mama ni main layang-layang. Si Em-P paling hebat... tak buat apa-apa pun... tapi layang-layang maintain jerk... heheehe Kakak penat la dok membega...
Tapi akhirnya berjaya juga





Quote:
Hmmm.... kena beli ole2 ni... So, apa lagi... pusing la di pekan Kuala Terengganu, Pasar Payang. Beli KEROPOK!!! Pastu beli la serba sedikit souvenier untuk family members and friends. Tapi jangan marah... sempat gak pose Pastu ternampak plak ada bot-bot kecik.. yang orang tempatan gunakan untuk ke Seberang Takir.... kami pun naik ler... ambik pengalaman.
Anak-anak pun tak pernah naik bot camtu... yang pernah pun naik feri...
seronok la diorang




Quote:
Anak-anak dah penat. Mana taknyer.... penat melayan mamanyer yang sibuk shopping.. hehhee.. baik lepak main belon buih... lagi best!!



percutian yang menarik bersama anak-anak.....tq sbb sudi browse to our fotopages...

http://mdazmi.fotopages.com
Tue 12-Jun-2007 16:55
Posted by:paparock  - [Link]
Kamera dibawa pergi liburan
Merakam segala aksi gerakan
Bukan kamera menjadi ukuran
Kecekapan tuan itulah keutamaan
Wed 13-Jun-2007 00:38
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
Hari petang marilah pulang
Usahlah adik memendam perasaan
50 tahun sudah negaraku gemilang
Terima kasih pejuang dan bapa kemerdekaan
Wed 20-Jun-2007 02:55
Posted by:Ouled kenitra  - [Link]
Add comment


Saturday, 26-May-2007 12:00 Email | Share | | Bookmark
Citrawarna Malaysia - Putrajaya

Yes Mam!!
santai.....
 
View all 10 photos...


Quote:
First time tengok life Citrawarna Malaysia... wah! Meriahnyer... Anak-anak pun
seronok tengok orang menari. Tambah plak Ziera(anak sulong) memang suka tarian tradisional.
Hmm.... enjoy sakan ler...






Tahun ni kan ker tahun melawat malaysia, jadi berlambak2 la program citrawarna di semua negeri. Ni dengarnyer hujung minggu ni di Terengganu plak... insya allah akan ke terengganu... ada la rezeki tengok. Cik Wan bila kembali ke M'sia... marila kita sama2 menceriakan suasana... hehhee Wed 30-May-2007 02:47
Posted by:linda  - [Link]
Si gadis manis duduk kesepian
Menanti rakan, taulan dan teman
Sekeping gambar seribu pengertian
Buat kenangan sepanjang zaman
Fri 8-Jun-2007 01:54
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
kita bagi sepantun lagi

pantun itu bukan utk dibaca sambil terpegun tapi nak melihat berapa ramai yang berani membelinya. kalau nak buat setiap fp pantul spesel memasing, tak buat keje la jawabnya diri ni. lagipun itu lebih baik daripada mereka yg tinggalkan iklan.

Gambar direnung menghilang jemu
Menghening cipta mengimbau kenangan
Fotopages medan menambah ilmu
Menjalin persahabatan merapat hubungan
Mon 11-Jun-2007 06:19
Posted by:Ouled Kenitra  - [Link]
View all 4 comments Add comment


[<<  <  1  [2]  3  4  5  >  >>]    [Archive]

© Pidgin Technologies Ltd. 2008.